About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Monday, May 24, 2010

mila?????!!!!hehehe.....

10 JAWAPAN NAKAL IWAN


1. Jika anda menjadi juara Akademi Fantasia 8 (AF8), Siapakah orang pertama yang anda akan peluk dan apakah perkataan yang bakal diluahkan kepada orang tersebut? Mengapa?

Ibu bapa saya kerana saya amat merindui mereka. Saya akan katakan terima kasih berjuta-juta kerana telah melahirkan saya didunia ini, mendidik dan membesarkan saya sehingga besar. Walaupun saya tidak dapat memberi apa-apa sijil pelajaran dan tdiak pandai dalam akademik, tetapi ini adalah satu kejayaan besar buat saya pada mereka.


2. Sekirannya anda diberi pilihan memilih pasangan hidup dikalangan bintang Akademi Fantasia, siapakah calon yang paling anda mahu jadikan dia isteri atau suami? Mengapa?

Saya akan memilih Mila (???) kerana beliau mempunyai ciri-ciri kewanitaan yang saya idamkan seperti keayuannya, kecomelanya, ketinggiannya.


3. Andaikata suatu hari anda terdampar di sebuah pulau dan ada hanya mempunyai satu orang saja untuk dihubungi. Siapakah orang tersebut? Mengapa?

Saya akan menghubungi abang saya kerana abang saya sangat dipercayai dan sangat boleh diharap. Beliau juga sanggup melakukan apa saja demi saya.


4. Jika anda mahu mimpi yang indah, apakah mimpi yang anda mahukan setiap hari? Mengapa?

Duit yang banyak tidak pernah habis kerana saya teringin untuk membeli segala-galanya.


5. Apa yang akan anda lakukan dalam masa sehari sekiranya anda menerima wang tunai sebanyak RM100,000. Mengapa?

Insya-Allah saya akan membawa kedua-dua ibu bapa saya pergi ke tanah suci Mekah kerana itulah keinginan mereka yang tidak dapat ditunaikan. Jadi saya akan tunaikan keinginan mereka itu.


6. Jika anda diberi peluang untuk temujanji dengan orang yang paling kacak atau pun cantik, apakah konsep kejutan yang anda akan lakukan? Mengapa?

Saya membawa beliau ditepi pantai yang ditiup angin sepoi-sepoi dan makan bersama dibawah lampu yang indah serta bersama pemain muzik yang sedang mendendang lagu-lagu yang indah dan romantik.


7. Andai kata anda diculik dan penculik tersebut meminta anda memilih sama ada racun atau pun asid. Apa yang anda akan pilih? Mengapa?

Saya akan memilih racun kerana saya lebih rela mati sekelip mata daripada di seksa sedikit demi sedikit sebelum mati.


8. Sekiranya ada nampak seorang lelaki memakai pakaian perempuan, apakah pandangan anda terhadap lelaki tersebut? Mengapa?

Sangat memalukan kerana beliau tidak merasa malu ke memakai pakaian sedimikian. Mungkin bukan saya seorang sehaja yang berpikiran itu, masyarakat lain juga akan berpikiran begitu.


9. Jika seorang artis datang kepada anda dan mengatakan dia menghadapi masalah cinta. Sebagai doktor cinta, apakah nasihat anda sekiranya dia mahu anda menjadi pengganti kekasihnya?

Saya akan tanya kepada dia sekiranya dia ingin menjadi kekasih saya, adakah dia sanggup mengikuti cara hidup saya.


10. Mungkinkah anda akan mengundur diri sekiranya anda tahu kerjaya sebagai artis tidak mendatangkan kebahagian selamanya buat diri anda? Mengapa?

Saya akan berusaha lagi untuk mencapai cita-cita saya, sekiranya tidak berjaya saya akan mencari kerjaya yang lain kerana saya yakin rezeki berada dimana-mana sehaja, yang penting kita mencari punca rezeki itu dengan ikhlas dan halal.



No comments: