About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Sunday, June 20, 2010

apa yang aku tulis ni???cinta pastu perang pulak..

sarang hae yo dalam bahasa korea
aku cinta kamu kalau bahasa indonesia
wo ai ni jika mahu bahasa cina
saya cinta kamu tentulah bahasa kita, bahasa malaysia

macam-macam bahasa boleh kita guna
tunjukkanlah apa yang kita rasa
pada dia yang kita cinta
bukan cuma pakwe makwe
juga teman-teman kita
tapi jangan lupa tentu sekali pada keluarga

cinta itu buta
di beri oleh Yang Maha Esa
janganlah kita sia-siakannya
satu anugerah buat kita
hargailah ia
supaya kita senantiasa bahagia

itu yang kita mahu
bahagia terus dalam hidup
bersama mereka semua
supaya tiada lagi duka

duka yang boleh memisahkan
juga mengundang perbalahan
hidup bisa hancur jika
ada yang tak sebulu
dunia boleh jadi mundur jika
kita tidak bersatu
bersatu kita maju
itu yang kita perlu

cinta,cinta
pada semua
keluarga,teman
pasangan
juga Tuhan
tiada yang sempurna
walau kita mencari
sekalipun ke hujung dunia

kita semua sama
cuma tiada yang serupa
bersyukurlah
janganlah lagak membabi buta
itu semua ego kita
mahu jadi yang terbaik daripada semua

ego,ego
banyak yang menyampah
nanti ada ramai yang menyumpah
begitu juga yang akan mengumpat kita
terima saja kekurangan kita
bukannya salah
tapi bagus malah
itulah rahsia orang berjaya

jika semua berjaya
dunia akan bebas dari
perang yang hanya undang
masalah buat kita
perang sana perang sini
huihhh...pening kepala
hidup tak tenang
nyawa tak selamat
air mata turun tiada henti
berhenti,,berhenti
mereka semua kami punya saudara
janganlah lagi
keluarkan peluru mati
mau hidup lagi
bersama saudara seIslam kami
apa salah mereka semua
terutama yang masih kecil-kecil belaka
tak tahu sempat hidup atau tidak
mayat kaku jadi pelukan
buat ibu yang penat melahirkan
anugerah terindah dari Tuhan
tapi kau ambil jadi taruhan
akhirnya pergi tanpa suruhan

No comments: