About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Wednesday, June 16, 2010

kau bintangku!!!

aku orang biasa
punya hari dan perasaan
tapi perasaan aku ada pada kamu
iya kamu
kamu sang pelakon dan bintang tv


pertama kali aku lihat kamu
di kaca tv
hati aku mula tertarik
dengan gayamu
dan tingkah mu melakonkan watak
sangat terkesan pada aku

cara kau mengucapkan kata
caramu melakonkan watak
benar-benar
membuatkan aku merasa
kaulah yang satu

biodata tentang diri kamu
aku tampal dibuku
fotomu bertimbun
video tentangmu juga ada
tersimpan selamat di folder khas
dalam laptopku

gosip mengenaimu
buat aku penasaran mahu tahu

mungkin bagi sesetengah orang
kau bukanlah pilihan mereka
mungkin kau tiada rupanya
atau suaranya
atau mungkin saja bodynya
tapi pada aku
semuanya ada pada kau
cuma yang membedakan kita
kau bukan
sealiran agama denganku

kaulah selebriti pujaanku
biarlah orang mau kata apa
aku berangan ke
aku berkhayal ke
tapi peduli semua itu
yang aku tahu
aku minat kamu

friendstermu
myspacemu
facebookmu
semuanya sudah aku
tambah menjadi temanmu
seronoknya pabila kau
menerima requestku

pabila comment aku kau balas
biarpun cuma sepatah dua
hati melonjak gembira

malam aku mimpi kau
gila kan??
obses benar aku sama kau
tapi kalau boleh aku jujur
kaulah lelaki pertama
bikin aku gila sebegini
ingin hati memiliki
tapi apakan daya
itu tidak akan mungkin terjadi
ini kerna
kau seorang bintang terkenal
dipuja oleh gadis-gadis
sementara aku hanya antara gadis-gadis itu
yang menaruh hati pada seorang bintang
bintang yang tidak pernah sedar keberadaan aku
tapi aku akan tetap berada di belakangmu
meskipun kau tidak pernah sedar itu

-ni aku dapat idea bila aku tengok gambar samuel..so terasa plak nk luahkan apa yang aku rasa selama ni terhadap dia..huhuhuu...samuel,,i'll olwez support u in wutever u do!!!saranghae!!-

No comments: