About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Monday, February 14, 2011

bkn shaver..tp gold digger...

assalamualaikum. . . .


okeh...entry kali ni aku nak cakap pasal pisau cukur....
bukan shaver tapi gold digger...
mcam jahat jer kan entry aku nih...
tapi nak jugak cakap...
kalau ada yang mungkin terasa dengan entry hamba kali nih,,,awal2 lgi hamba mintak maaf...
bkan cakap pasal tuan hamba...
cuma terasa nak cakap psal pisau cukur ni sbb ttibe teringat yang shaver hamba dah habis...

ok...yang kat bawah ni aku copy paste dr 1 web..hamba mintak maaf skali lgi kalau copy paste tnpa kbnran....niat hanya mahu berkongsi....

hamba amik dari web ni http://duniadayat.com/..da jugak entry yang menarik minat hamba di sana..tuan2 hamba bolehlah cuba try tengok...

10 Ciri Wanita Pisau Cukur

1. Semasa proses mengenali lelaki dia akan menggunakan segala aset yang dimilikinya untuk menggoda seseorang lelaki.

2. Selalunya perempuan pisau cukur ini orangnya lemah lembut, manis dan sangat-sangat pandai berkata-kata. Selalunya pada permulaan hubungan dia tidak akan meminta apa-apa. Tetapi lama kelamaan sampai botak si lelaki untuk memenuhi permintaannya.

3. Agak seksi dan menggoda untuk memudahkan lelaki cair

4. Berperwatakan seperti mewah untuk meyakinkan lelaki bahawa dia tidak memerlukan harta si lelaki untuk senang.

5. Selalunya mempunyai kenangan pahit tersendiri. Mungkin pernah dilukakan atau diperlakukan sesuatu oleh lelaki sehinggakan dia menganggap semua lelaki tidak boleh dipercayai dan menanam hasrat untuk membalas dendam pada semua lelaki

6.Apabila sudah agak lama berkawan dia akan mula meminta macam-macam. Selalunya permintaannya akan bermula sedikit demi sedikit. Contohnya buat permulaan dia akan meminta telefon bimbit. Kemudian dia akan meminta lebih lagi.

7. Selalunya tiada perasaan cemburu. Tidak mahu mengakhiri hubungan dengan perkahwinan. Tidak mengira status seorang lelaki sama ada berkahwin atau bujang asalkan banyak harta dan wang.

8. Mudah untuk dibawa kemana-mana tanpa sebarang sekatan. Baginya asalkan tempat yang hendak dituju boleh memberi manfaat padanya contohnya membeli belah.

9. Selalunya tidak akan menceritakan latar belakang keluarganya. Jika ditanya selalunya dia lebih suka mengelak. Jadi tidak mustahil jika sudah berbulan-bulan berkawan anda masih tidak tahu asal usulnya.

10. Apabila lelaki yang dikikis sudah tidak lagi mendatangkan manfaat kepadanya, dia akan mencari kesalahan lelaki tersebut untuk tinggalkannya.

Dayat : awas lelaki. Cari yang betul-betul cintakan anda dan bukannya harta yang anda miliki.

.........................................**********************.................................................................................

okeh....1 aku nak cakap ekkk....
kpada gadis2 yang pernah terlintas dihati untuk rasa cemburu jeles kpd mrk2 y gold digger nih,,,
aku nasihatkan,,udeh2 ler rasa jeles...sbb tak der maknenyer nak jeles dgn mrk2 ni...
sbb kdg2 mslh gold digger ni lah penyumbang kepada lelaki memandang rendah kepada wanita...
mgkin saja ada lelaki yang akan menganggap semua wanita hanyalah memandang 'besi' mrka semata2....tulah satu sebab wanita ni selalu dipermainkan....

pada yang terasa atau kurang senang,,,aku mintak maaf....aku hanya berkongsi pendapat...peace no war...

No comments: