About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Sunday, November 21, 2010

Anda Matang Pabila. . . ..

-Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.


-Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka dan tersinggung oleh seseorang dalam kumpulan dan berlaku sebagai biasa.


-Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.


-Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.


-Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.


-Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.


-Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.


-Anda dapat menerima kritik atau salah faham orang tanpa memperbesar-besarkannya.


-Anda memandang jauh kedepan, umpamanya dengan sabar menangung kesusahan demi kepentingan masa depan, tanpa merasa resah,

bimbang dan ragu.


-Anda memberi persetujuan kepada pendapat- pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.


-Anda berbahagia bersendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.


-Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.


-Anda menghadapi orang-orang tua atau orang- orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha untuk menimbulkan kesan-kesan negatif.


-Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.


-Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda tidak merasa senang kerananya.


-Anda boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.


-Anda dapat mengujudkan rasa kasih-sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.


-Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang jadi idaman setiap wanita.


-Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.



so, , ,adakah anda suda matang????


notes credit to Nabilah Ahmad. . ..

No comments: