About Me

My photo
Kg.Jawa, Klang, Selangor, Malaysia
SIMPLE, CLUMSY, EMO, ♥FAMILY OH FAMILY♥, ♥FRIENDS♥, ♫SI GILA MUSIK♫, ♥ORANGE+PURPLE♥

Thursday, November 11, 2010

the truth. . .

aku ni sangat suka duduk bersila. . .xkira tempat. . .atas lantai ker tgh makan ker atas katil ker atas batu ker. . .asal nama duduk, , ,for sure aku akan bersila. . .even skarang tgh taip entry kali ni pon aku duk bersila. . .orang tua-tua kata, , anak gadis kureng manis sket kalau duduk bersila. . .biasanya lelaki saja yang duduk bersila. . .tapi atas keselesaan dan kesukaan, , ,aku buat-buat tak dengar jer. . .aku tetap dengan duduk bersila. . .xkira pakai seluar or baju kurung. . .
bersila dimana saja dalam keadaan apa saja

bukan apa, kalau duduk bersimpuh, , ,aku tak selesa. . .paham-paham jer lah kalau orang berplus saiz duduk bersimpuh cmner. . .bak kata orang Terengganu, , ,'sakok perut'. . .gitulah. . .so aku lebih prefer duduk bersila supaya x 'sakok perut'. . .huhuhu. . .

tapi en. . . bila dah lama sangat duduk bersila nih, , , kaki aku akan kebas. . .kalau kate orang putihnye 'benumned'. . .betul dah rasanya benumbed tu kebas maksudnya. . .kalau salah harap di maafkan dan di betulkan yer. . . saya orang yang boleh menerima teguran. . . ok back to the main point. . . bila kaki dah kebas, , ,jalan pon terhuyung-hayang. . .jalan xleh laju-laju. . .sakit. . .geli pon ada. . .

pernah skali aku tidur. . .aku terbangun nak buang air. . .bila nak turun katil, , rasa kaki bapak kebas. . . (gila kebas or kebas gila???) tapi di sebabkan mamai and aku tersangat xtahan nak buang air, ,aku terus bangun and turun katil. . .malang tak berbau(kalau bau, , kita dah boleh elak kan dari berlaku. . ) aku terjatuh katil sebab kaki tak boleh rasa. . .pijak lantai rasa macam xder kaki je. . .dah mamai, , ,aku xsedar kalau kaki aku sebenarnya terseliuh. . .siap pergi balik toilet lagi, , ,aku still xsedar ankle aku sebenarnya dah bengkak. . .esok pagi nak pergi class baru perasaan xleh jalan. . .tapi tetap je aku pergi class. . .


harus di balut bgi mengelakkan bengkak itu mbesar

see??? bengkak for 2 weeks. . .nilah padahnya, , ,turun katil dgn keadaan mamai. . .


tapi, , ,malam ni bru aku tau dan sedari jika kebas ni xleh bwk men2. . .bhya wooo. .

Menurut Pakar Perunding Neurosurgeri (Bedah Otak dan Saraf) Hospital Kuala Lumpur, Dr. Azmi Alias, keadaan tersebut boleh menjadi lebih teruk sekiranya dibiarkan berlanjutan.

Tekanan terhadap saraf

“Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ke bawah merupakan antara simptom awal terhadap abnormaliti keadaan saraf tunjang di dalam tulang belakang,” katanya.

Azmi menjelaskan, gejala tersebut boleh berlaku akibat penyakit berkaitan saraf tunjang dan akar saraf yang secara umumnya dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu Extradural (25 peratus), Intradural extramedullary (50 peratus) dan Intradural intramedullary (25 peratus), berdasarkan kepada kedudukannya dengan selaput saraf tunjang atau dikenali sebagai Dura Matter.

Tekanan terhadap saraf tunjang boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti lemah anggota kaki, hilang keseimbangan semasa berjalan, kebas, hilang kawalan autonomik terhadap pundi kencing dan kesukaran untuk membuang air besar.

“Tekanan terhadap akar saraf pula menyebabkan pesakit berasa sakit di bahagian belakang dan kadangkala renjatan yang menular ke sebelah bahagian peha dan betis,” jelasnya.

Bagi kategori Extradural, ia berlaku akibat penyakit di luar selaput saraf tunjang seperti Spondylosis, cakera (disk) tulang belakang terkeluar (PID), keretakan tulang belakang akibat kemalangan serta ketumbuhan.

“Bagi kategori ini, himpitan terjadi di kawasan luar saraf tunjang. Ini secara tidak langsung akan mengganggu bahagian saraf yang mengawal deria sentuh serta saraf motor,” ujarnya.

Serang tidak kira masa

Menurut Azmi, gejala seperti kebas, rasa mencucuk pada mana-mana anggota tubuh terutama bahagian kaki perlu diambil perhatian oleh orang ramai.

“Malah, lemah anggota tangan atau kaki serta hilang kawalan pundi kencing dan sembelit memberi petanda terdapat masalah berkaitan saraf,” katanya.

Bukan sekadar itu, rasa kebas atau sakit akan timbul dan menjadi lebih teruk apabila melakukan kerja-kerja harian seperti membongkok, mengangkat barang atau keadaan posisi tubuh yang salah.

Tidak terhad di kawasan pinggul dan belakang paha, kesakitan turut merebak di anggota tubuh yang lain atau radiculopathy turut mengganggu keselesaan pesakit.

“Ada keadaan tertentu, pesakit boleh menjadi lumpuh akibat himpitan pada saraf ini,” jelasnya.

Di samping itu juga, kebas pada anggota kaki ini menyerang tidak kira masa. Malah, dalam keadaan tubuh sedang berehat, kebas ini masih terasa.

“Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa penyakit lain yang boleh menyebabkan gejala kebas seperti arteriosclerosis di mana salur darah di bahagian kaki menjadi lebih sempit menyebabkan pesakit mengalami gejala intermittent claudication termasuk sakit atau kebas di bahagian kaki dan hanya boleh berjalan sehingga beberapa meter sahaja.

Tambahnya lagi, penghidap penyakit kencing manis juga boleh mengalami gejala kebas di hujung jari tangan dan kaki.

Penggantian cakera

Mengenai rawatan, Azmi menjelaskan ia bergantung kepada jenis penyakit dan kerosakan yang berlaku sehingga menghimpit saraf tunjang dan ekor saraf.

“Sekiranya ia melibatkan kehadiran tumor, pembedahan perlu dilakukan bagi membuangnya. Sekiranya ia melibatkan cakera tulang belakang yang terkeluar, pembedahan bagi mengeluarkan bahagian cakera tersebut dan penggantian cakera boleh dilakukan,” katanya.

Tambahnya, ubat penahan sakit dan teknik Traction atau regangan tulang belakang turut dilakukan dalam sesetengah kes PID yang boleh mengurangkan tekanan terhadap akar saraf.

Dalam pada itu, Azmi menjelaskan pesakit perlu berjumpa doktor dan untuk menjalani pemeriksaan fizikal bagi mengetahui keadaan saraf dan kawasan yang terlibat.

“Untuk pemeriksaan tersebut, salah satu caranya ialah penggunaan peta titik saraf sebagai rujukan dan dari situ, pakar dapat mengetahui bahagian sebenar tubuh yang bermasalah,” katanya sambil menunjukkan gambarajah tersebut.

Lanjutan daripada pemeriksaan fizikal, pesakit perlu menjalani ujian imbasan MRI (Magnetic Resonance Imaging) di bahagian tulang belakang bagi meneliti secara terperinci struktur saraf tunjang, akar saraf dan anatomi tisu sekelilingnya dengan lebih jelas.

Selain daripada itu, ujian X-ray dan CT Scan juga boleh dilakukan bagi mengetahui keadaan tulang belakang yang secara semulajadi berfungsi melindungi saraf tunjang pesakit.

dipetik dari : kini2u.com




No comments: